[VIDEO] Dah ‘check in’ baru tahu tak ada jiran

1 day ago 14

PETALING JAYA – Percutian yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi seram apabila kawasan hotel yang didiami sunyi sepi tidak berpenghuni.

Menerusi video yang dimuat naik @syahmeerahim, kawasan hotel tersebut yang dipercayai terletak di sekitar Bukit Merah, Perak tidak mempunyai tetamu lain kecuali dirinya.

Kelihatan di dalam video, rumah banglo di sekeliling resort mereka seakan-akan terbiar serta keadaannya yang usang dan seram.

Bukan itu sahaja, kawasan sekeliling resort itu juga dinaiki rumput panjang seperti tidak terjaga dengan baik oleh pihak pengurusan.

“Benda dah ‘check in’ baru tahu tak ada jiran. Nak ‘refund’ tak boleh,” tulisnya di dalam video tersebut.

Bagaimanapun pemuda itu mengambil keputusan untuk tetap meneruskan percutian seperti biasa dengan berfikiran positif.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 3.2 juta tontonan, 153,200 tanda suka dan 27,200 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman seram yang sama ketika menginap di kawasan resort tersebut.

“Kalau untuk yang tak tahu, kawasan ni memang terpencil dan banglo situ sunyi sepi penuh dengan semak,” komen Blackdogbone.

“Abang ipar saya sewa situ, hanya yang berjiwa kental mampu duduk situ,” komen King.

“Pernah pergi. Nasib baik selang beberapa buah rumah ada orang yang memang duduk situ. Malam-malam seram nak keluar ke kedai. Tapi situ sebenarnya lawa kalau terjaga elok,” komen Yumie. – KOSMO! ONLINE

@syahmeerahimNak refund tak boleh

♬ QKThr – Aphex Twin

Read Entire Article
Pertanian | | | |