[VIDEO] Benda terbang di Jalan Mersing tu burung ke penanggal?

1 day ago 12

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal mengalami detik menyeramkan apabila melihat satu makhluk yang berterbangan kelihatan seperti penanggal di Jalan Mersing, Johor, awal pagi tadi.

Video yang dikongsikan oleh @Sharaffisasraf memaparkan kelibat yang dirakam secara tidak sengaja waktu dia melalui jalan gelap tersebut pada pukul 3 pagi.

“Memang rezeki tuhan nak tunjuk time (waktu) ini pukul 3 pagi Jalan Mersing naik motosikal.

“Dalam hati macam-macam aku baca supaya aku tak lalai dengan benda (makhluk) ini,” katanya dalam klip berkenaan.

Makhluk putih yang dilihat terbang dalam video itu dirakaam secara tidak sengaja membuat penunggang motosikal itu terkejut.

“Ngam pula aku rakam ada benda putih lalu sekali imbas,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang ramai turut berkongsi pengalaman seram mereka ketika melalui jalan berkenaan.

“Paling seram jalan Mersing ke Endau pada pukul 10 malam ke atas sudah seram sejuk. Biasanya dekat hutan simpan itu. Pernah kena dari Kuantan nak ke Johor Bharu sampai betul-betul di hutan simpan ada perempuan berlumuran darah ikut sampai bandar Mersing. Bau darah jangan cakap, sampai Mersing terus hilang. Waktu itu pukul 1 pagi,” komen @Pudingpelangi.

“Jalan Mersing ini tempat jin bertendang. Taubat sudah tak mahu pergi. Kali pertama dan terakhir,” kata @Deksuyah. – KOSMO! ONLINE

@sharaffisasrafNgam ngam aku rakam ade benda putih lalu sekali Imbas

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Read Entire Article
Pertanian | | | |