[VIDEO] Awal subuh naik Cameron Highlands sudah sesak

1 day ago 16

PETALING JAYA – Musim cuti sekolah yang bertembung dengan cuti umum sempena Hari Raya Aidiladha menyaksikan kawasan pelancongan popular seperti Cameron Highlands kembali sesak dengan deretan kenderaan.

Situasi itu dikongsikan menerusi beberapa video di TikTok oleh pengguna @Asnunmotorsewacameron yang memaparkan suasana jalan raya di kawasan tanah tinggi berkenaan.

“Cameron Highlands 2/6/2025, pukul 8.10 pagi, kesesakan lalu lintas teruk dari Golden Hill. Awal lagi dah sesak, rancang perjalanan anda,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Dalam hantaran lain, pemilik akaun itu turut berkongsi kemas kini keadaan jalan pada pukul 9.55 pagi yang menunjukkan laluan menghala ke Cameron Highlands masih lagi sesak.

“Cameron Highlands 2/6/2025, pukul 9.55 pagi, yang kental pasti sampai,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman masing-masing terperangkap dalam kesesakan luar biasa ketika bercuti di lokasi tumpuan itu.

“Semalam dah kena. Jalan sesak lepas Cameron Lavender nak ke Kea Farm dari pukul 9 pagi sampai 1.30 petang,” kata Wanzzz19.

“Lain macam sesaknya, pukul 8 lebih dah mula sesak. Hehe… ‘Salute’ dekat mereka yang sanggup bertahan dalam kesesakan,” seloroh Lolinda.

“Hahaha, baru balik semalam. Gila betul nak keluar simpang hotel pun ambil masa berjam-jam. Hari Sabtu lagi teruk, 3.2 kilometer je nak ke hotel tapi makan masa tiga jam. Rasanya kalau jalan kaki pun dah sampai lama,” kongsi pengguna lain.

Sementara itu, ada juga yang mengakui situasi sama turut berlaku pada tahun lalu namun masih tidak serik ke Cameron Highlands ketika cuti panjang.

“Tahun lepas pun sama macam ni, cuti Keputeraan Agong, tapi masih tak serik. Betul-betul kental,” komen Riedda Riez.

“Saya dah kena semalam.. Koyak oii.. Lapan jam baru sampai Kea Farm,” kata Wanieyy. – KOSMO! ONLINE

@asnunmotorsewacameron yang kental pasti sampai… #malaysia #kabus #fyp #pasar #asnunsewamotorcameron #sewamotormurahcameron #brichangcameron #malamgoldenhills #sewamotorcameron #asnunRental ♬ suara asli – 𝐅𝐞𝐫𝐙𝐡𝐞𝐢🎭 – ᴀ ʟͮ ᴏͥ ɴᷡ ᴇ
Read Entire Article
Pertanian | | | |