TEHRAN – Trafik kapal terus melalui Selat Hormuz ketika pasukan tentera laut Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan terhadap Iran di laluan air strategik tersebut, lapor laman berita TRT World.
Sejak sekatan bermula kelmarin pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan), 14 kapal telah memasuki Teluk dan tujuh kapal keluar dari selat tersebut sepanjang tempoh itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 25 kapal melalui selat tersebut, manakala 13 kapal kekal di sana setakat pukul 8.10 malam (waktu tempatan) semalam, demikian menurut statistik agensi berita Anadolu yang diperoleh daripada sumber berkaitan.
Empat daripada kapal tersebut adalah kapal tangki termasuk kapal pukal kering berbendera Liberia, Christianna, kapal tangki minyak yang disekat AS, Rich Starry dan Murlikishan serta kapal Peace Gulf berbendera Panama.
Semasa keempat-empat kapal tangki itu melalui selat tersebut, ia seolah-olah berhenti sebelum bergerak ke hadapan berhampiran garisan sekatan AS di sepanjang Teluk Gwadar dan Ras al Hadd.
Setakat semalam, kira-kira 2,000 kapal terkandas di bahagian Teluk dan kira-kira 400 kapal sedang menunggu untuk memasuki Teluk melalui Hormuz.
Data daripada MarineTraffic menunjukkan bahawa kapal-kapal yang dibenarkan oleh AS juga melalui selat tersebut.
Angkatan tentera laut AS dilaporkan mengadakan sekatan di sepanjang garisan antara Teluk Gwadar dan Ras al Hadd, di mana trafik kapal yang berat telah berterusan sejak operasi bermula.
Laman penjejak TankerTraffic menegaskan bahawa beberapa kapal menyiarkan isyarat sistem pengenalan automatik (AIS) palsu untuk menyembunyikan identiti mereka.
Sekatan yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump itu berkuat kuasa kelmarin selepas rundingan antara Washington dan Tehran gagal pada hujung minggu di Islamabad. – AGENSI

2 hours ago
4




![[VIDEO] Treler kemalangan, balik kerja ‘tersangkut’ sesak 5km di Lebuh Raya Elite](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/llm.jpeg)





































