Rompin, Segamat dan Sabah dijangka ribut petir sehingga petang ini

2 weeks ago 36
Gambar hiasan.
  • Oleh KOSMO!
  • 14 Februari 2026, 2:38 pm

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah diramalkan berlaku ribut petir sehingga petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk dijangka berlaku di Rompin, Pahang serta Segamat, Johor sehingga pukul 4 petang hari ini.

“Di Sabah, keadaan sama dijangka melibatkan kawasan pedalaman (Tambunan), pantai barat (Ranau), Tawau serta Sandakan membabitkan Tongod, Kinabatangan dan daerah Sandakan sehingga pukul 6 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

Read Entire Article
Pertanian | | | |