PETALING JAYA – Keadaan jerebu yang semakin ketara menyebabkan sebahagian ibu bapa mengambil keputusan ‘mencutikan’ sendiri anak-anak mereka daripada hadir ke sekolah kerana bimbang terdedah kepada udara tidak sihat.
Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata ibu bapa meluahkan kebimbangan selepas melihat keadaan udara pagi ini kelihatan semakin teruk selain ada anak mereka mula mengalami batuk.
Seorang pengguna Threads, @Ayshardzn berkata, nasihat supaya mengurangkan aktiviti luar sahaja disifatkan tidak mencukupi terutama bagi golongan kanak-kanak.
“Kanak-kanak masih perlu pergi ke sekolah dalam keadaan begini. Anak-anak saya sudah batuk beberapa hari. Saya tahu cuti sekolah hampir bermula, tetapi sekolah sepatutnya ditutup lebih awal. Asap di Kuala Lumpur pun boleh dirasai,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Dia turut memaklumkan mengambil keputusan untuk tidak menghantar anaknya yang lebih kecil ke sekolah kerana mempunyai paru-paru sensitif selain keadaan batuk semakin teruk.
Seorang lagi pengguna, @AisyaHasun_ pula mempersoalkan sama ada sekolah boleh dicutikan berikutan keadaan jerebu yang dilihat semakin tebal pada waktu pagi.
“Boleh tak cutikan sahaja sekolah? Sebab tengok jerebu pagi-pagi ini teruk betul. Kesian budak-budak yang sekolah,” katanya.
Seorang lagi ibu turut berkata dirinya memilih untuk merehatkan anaknya daripada ke sekolah selepas kanak-kanak itu mula batuk selain mempunyai asma.
“Saya rehatkan anak sebab dia dah mula batuk-batuk dan dia ada asma,” tulis @shrnshrdn.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sekolah akan ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras 200 dan ke atas.
Langkah itu merupakan antara prosedur sedia ada bagi melindungi kesihatan murid dan warga sekolah apabila kualiti udara berada pada tahap sangat tidak sihat.
Dalam masa sama, pihak sekolah turut diminta memantau bacaan IPU semasa dan mengambil langkah sewajarnya termasuk mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan udara merosot.
Keadaan berjerebu dilaporkan melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terutama terhadap kesihatan kanak-kanak dan golongan berisiko. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2



![[KEMASKINI] Bapa dan anak ditemui rentung berpelukan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-26-at-09.50.53-scaled.jpeg)








![[VIDEO] ‘Berjerebu teruk pagi tadi, petang Allah turunkan hujan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/jerebu-hujan.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














