Bosan terperangkap kesesakan lalu-lintas, 2 lelaki pilih pikul motosikal

1 hour ago 3
TANGKAP layar menunjukkan dua lelaki memikul motosikal untuk keluar di jalan raya yang sesak. - Instagram hidayatulloh1543
  • Oleh KOSMO!
  • 25 Ogos 2026, 7:00 pm

JAKARTA – Aksi luar biasa dua orang lelaki yang bertindak memikul sebuah motosikal Honda Vario selepas tersangkut dalam kesesakan jalan raya tular  di media sosial, lapor laman berita detik.com.

Kejadian tersebut berlaku di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-81 Republik Indonesia pada 17 Ogos lalu.

Kesesakan  berlaku kerana banyak  kenderaan diletakkan begitu sahaja di jalan sehingga mengganggu pengguna lain.

Keadaan menjadi semakin parah selepas kawasan itu dipenuhi orang ramai yang bersama-sama meraikan  Hari Kemerdekaan ke-81 Republik Indonesia.

Aksi mencuri tumpuan yang dimuat naik oleh akaun Instagram hidayatulloh1543 itu mendapat perhatian netizen serta tular di media sosial. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |