PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan lega dan bersyukur apabila hujan di tempat mereka pada petang ini, selepas merasai jerebu dan cuaca panas pada sebelah pagi.
Luahan itu dikongsikan oleh pengguna Thread yang berkongsi hantaran video dan gambar berhubung hujan di kawasan masing-masing.
“Bayangkan jerebu teruk dan cuasa panas. Allah pilih hari kelahiran Kekasih Dia untuk turunkan hujan. Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat,” kata @Dibashamsol pada hantaran Thread, petang ini.
“Sangat betul ya, dekat Kelantan ni selalu panas sangat sampaikan macam mandi peluh dah. Tapi dua, tiga hari nak dekat Maulidur Rasul, Allah turunkan hujan. Hari ni Allah bagi redup je tak panas langsung,” komen @Screttulips.
“Kawasan saya dah hujan lebat, kawasan anda ada hujan tak?,” kata @Dianjendara yang berada di Kuching, Sarawak.
“Alhamdulillah, hujan pada hari Maulidur Rasul,” kata @Syedhafidz memuat video hujan di depan rumahnya.
“Pekan Sungai Petani gelap nak hujan, tadi dah hujan, tapi titis manja ja. Harap turun selebat-lebatnya macam kat Perlis,” kata @Abijanramli yang turut memuat naik video.
“Alhamdulillah, berjerebu teruk pagi tadi. Petang Allah turunkan hujan, sejuk Pulau Pinang petang-petang ni,” komen @Ciksliyana.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir seluruh negara sehingga pukul 7 malam ini.
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah (Bandar Baharu, Kulim, Baling, Kuala Muda, Sik, Yan dan Pendang), Perak, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Rompin, Pekan, Maran, Kuantan, Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut).
Seterusnya, Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat).
Amaran ribut petir juga melibatkan Sarawak: Limbang, Miri (Marudi, Telang Usan, Bario dan Beluru), Bintulu, Kapit (Kapit, Song dan Bukit Mabong), Sarikei (Julau dan Pakan), Sibu, Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman), Betong (Pusa), Mukah (Mukah), Sabah: Sandakan (Tongod, Kinabatangan, Telupid dan Labuk & Sugut), Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunan, Tenom dan Sipitang), Pantai Barat serta Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2



































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)













