TANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan penduduk tempatan cuba menyelamatkan kanak-kanak yang diserang anjing. -AGENSI
- Oleh KOSMO!
- 25 Ogos 2026, 6:52 pm
JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun cedera di bahagian kepala dan telinga selepas diserang seekor anjing baka Pitbull di Kompleks Grand Cendana Residence, di Bandung, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita detikjabar.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 5.08 petang (waktu tempatan) kelmarin itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.
Rakaman CCTV memaparkan mangsa yang sedang bermain di kawasan jalan kompleks perumahan tersebut diterkam oleh anjing Pitbull.
Penduduk setempat yang mendengar jeritan dan tangisan mangsa segera bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan.
Mereka membaling pelbagai objek termasuk kayu dan tong sampah ke arah anjing terbabit sehingga gigitannya berjaya dilepaskan. – AGENSI

1 hour ago
2




![[VIDEO] ‘Berjerebu teruk pagi tadi, petang Allah turunkan hujan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/jerebu-hujan.jpeg)






























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)













