Platform NovaGPU bantu PKS mulakan transformasi ke arah AI

1 day ago 15

PETALING JAYA –  IP ServerOne, penyedia perkhidmatan awan di negara ini, telah melancarkan NovaGPU sebuah platform GPU-as-a-Service (GPUaaS) yang direka untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (AI) menerima pakai kecerdasan buatan (AI) mengikut keperluan mereka. 

Produk NovaGPU yang mula dilancarkan pada bulan April lalu itu akan membolehkan PKS menyewa kuasa pemprosesan komputer yang canggih dari internet apabila diperlukan sahaja.

Pengarah Urusan IP ServerOne, CL Lee berkata, dalam era AI yang sedang mengubah  industri dengan pantas telah menyebabkan PKS sering kali tertinggal daripada perubahan tersebut kerana berdepan dengan masalah bajet yang terhad, kekurangan kepakaran teknikal, dan ketidaktentuan mengenai cara untuk bermula.

Menurut beliau, AI menawarkan pelbagai kemungkinan, tetapi nilai sebenar terletak pada bagaimana ia digunakan. 

“Selalunya, kesan paling bermakna bermula dengan mengautomasikan perkara yang paling memperlahankan perniagaan anda. Anggaplah AI sebagai pembantu pintar baharu anda,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Komputer pintar ini dikenali sebagai GPU (unit pemprosesan grafik), iaitu cip berkelajuan tinggi yang digunakan dalam projek AI berskala besar, pemaparan video, dan penyelidikan saintifik. 

“Biasanya, pembelian mesin ini memerlukan kos ratusan ribu ringgit. Sama ada anda membangunkan chatbot pintar, menganalisis data perniagaan, atau menguji idea baharu, NovaGPU memberikan kuasa pemprosesan yang pantas dan mampu milik.

AI menawarkan pelbagai kemungkinan, tetapi nilai sebenar terletak pada bagaimana ia digunakan. 

“Mulakan secara kecil, kenal pasti tugas berulang yang memakan masa anda dan biarkan AI mengendalikannya. Selalunya, kesan paling bermakna akan bermula dengan mengautomasikan perkara yang paling memperlahankan perniagaan anda,” katanya

CL Lee memaklumkan  terdapat dua cara mudah bagi PKS untuk mula menggunakan AI dengan NovaGPU iaitu Chatbot WhatsApp yang Sentiasa Aktif Dengan NovaGPU dan PKS boleh menjalankan chatbot pintar yang beroperasi melalui WhatsApp.

 Bot ini boleh menjawab pertanyaan produk, berkongsi harga, mencadangkan perkhidmatan, dan membantu dalam penjualan, tanpa campur tangan manusia. 

Automasi Pembacaan Invois AI boleh membaca invois secara automatik daripada e-mel, mengekstrak maklumat penting (nombor invois, jumlah, nama pembekal) dan memasukkannya ke dalam sistem perakaunan, mengurangkan jam kerja manual.

Ia juga dapat menjimatkan masa, mengurangkan ralat manusia, dan meningkatkan produktiviti pasukan kewangan.

Tambah beliau, melalui NovaGPU, PKS boleh mengakses unit pemprosesan grafik berprestasi tinggi (GPU)—seperti NVIDIA RTX 3090, RTX 4090, dan H200 NVL iaitu terus dari awan, menggunakannya dan membayar secara jam, bermula serendah RM1.96 sejam. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |