Kematian Gene Hackman, isteri tiada unsur jenayah, kebocoran gas

2 weeks ago 15

KEMATIAN bintang Hollywood, Gene Hackman dan isterinya, Betsy Arakawa yang ditemui tidak bernyawa di kediaman mereka semalam dipercayai ahli keluarga terdekat akibat kebocoran gas.

Perkara itu dikongsikan anak pelakon tersebut, Elizabeth Jean ketika mengulas punca pemergian mengejut bapanya, ibu tiri serta anjing peliharaan mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat.

Begitupun, Sheriff Santa Fe County, Adan Mendoza mengesahkan tiada tanda kebocoran gas mahupun unsur jenayah pada pemeriksaan awal di lokasi kejadian, namun siasatan terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.

Setakat ini polis juga tidak mendedahkan masa kematian pasangan terbabit tetapi sumber mamaklumkan haiwan kesayangan mereka sudah ‘pergi’ dalam tempoh agak lama.

Pemeriksaan awal forensik juga mendapati Jackman, 95, dan Arakawa, 63, tidak mempunyai kecederaan pada tubuh atau bahagian dalaman.

Mengimbas era kegemilangan, Hackman yang bergelar pelakon sejak empat dekad lalu pernah memenangi empat trofi Oscar, dua Bafta Awards, empat Golden Globe Awards dan Screen Actrors Guils Award.

Hackman dikenali dengan watak Jimmy ‘Popeye’ Doyle dalam filem The French Connection pada 1971 yang melayakkannya meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Academy Awards.

Dua dekad kemudian beliau membawa pulang satu lagi trofi emas itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi watak sherif dalam filem Unforgiven.

Kecemerlangan lakonan membolehkannya memenangi dua lagi Orcar menerusi Mississippi Burning serta I Never Sang For My Father.

Bekas tentera di bawah US Marines itu sehingga kini membintangi hampir 100 filem sebelum bersara pada 2004.

Walaupun memulakan kerjaya lakonan agak lewat iaitu ketika berusia 30-an, penjiwaan serta kesungguhannya menyebabkan ramai pengarah ingin bekerja dengannya.

Alumni Universiti Illinois dalam jurusan kewartawanan itu terlebih dahulu berjinak-jinak dengan pementasan Broadway di New York sebelum menceburi dunia perfileman.

Hackman tinggal di Santa Fe, New Mexico sejak 1980 dan mengahwini Arakawa yang juga pemain piano klasik pada 1991 tetapi tidak dikurniakan zuriat.

Elizabeth Jean, 63, adalah anak daripada perkahwinan terdahulu bersama Faye Maltese selain Christopher, 65, dan Leslie, 58. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |