Kaedah biohacking trend popular dalam industri jualan kerusi urut

1 day ago 8

PETALING JAYA – Industri kesihatan kini sedang bergerak ke arah trend yang menggabungkan keselesaan, personalisasi dan juga pemulihan bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.

Pendekatan itu bukan memfokuskan kepada atlet tetapi digunapakai untuk masyarakat khususnya dalam kalangan profesional, pengguna yang aktif dan juga individu yang sedang mencari kaedah untuk mengurus tuntutan fizikal kehidupan yang lebih moden.

Pengurus Besar Ogawa Malaysia, Leong Boon Hong berkata,  pemulihan adalah sebahagian daripada prestasi, sehubungan itu, masyarakat perlu mendapatkan proses tersebut dengan lebih baik hari ini.

Sehubungan itu, syarikat melihat kaedah biohacking sebagai satu pendekatan yang membolehkan individu memainkan peranan lebih aktif dalam memahami tubuh badan dan mengurus kesihatan diri, berbanding hanya mendapatkan pemulihan apabila mereka berasa terlalu letih.

Biohacking sebelum ini banyak dikaitkan dengan atlet elit dan peminat teknologi, namun konsep itu kini mendapat perhatian lebih meluas apabila pengguna mencari kaedah praktikal untuk meningkatkan kualiti tidur, mengurus tekanan, memulihkan badan selepas aktiviti fizikal serta mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.

“Secara tradisinya, orang melihat kerusi urut sebagai produk untuk istirahat tetapi kami mahu membawa idea itu lebih jauh. Sehubungan itu, syarikat kini membuat kajian dan pembangunan untuk menawarkan produk di luar konsep kerusi urut tradisional menerusi penerokaan terhadap minat yang semakin meningkat terhadap biohacking.

“Ia juga bersesuaian dengan trend pengguna masa kini yang mana waktu waktu bekerja yang lebih panjang, tahap tekanan lebih tinggi dan rutin senaman yang semakin mencabar. Bagi kami,  perubahan itu menjadikan pemulihan semakin setara kepentingannya dengan prestasi dan kecergasan,” katanya.

Beliau berkata dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran produk terbaharunya di sini baru-baru ini.

Boon Hoong menjelaskan, menerusi Maestro, pihaknya  menggabungkan teknologi urutan termaju dengan teknologi graphene dan teknologi AI Overseer untuk menghasilkan pengalaman pemulihan yang lebih pintar dan lebih maju.

AI Overseer adalah komponen utama dalam pendekatan itu, membantu mengalihkan pengalaman daripada program urutan yang seragam kepada pengalaman yang lebih diperibadikan.

Teknologi itu direka untuk membantu menyesuaikan pengalaman urutan mengikut keperluan individu, selaras dengan kepercayaan syarikat bahawa kesihatan perlu lebih responsif terhadap pengguna.

Syarikat kini menyambut ulang tahunnya yang ke-30 dengan menganjurkan kempen Spend & Win bernilai RM300,000 dari 6 Julai hingga 4 Oktober 2026, yang memberikan peluang kepada pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit untuk memenangi hadiah termasuk unit iPhone 17 dan televisyen Samsung.

Pelanggan yang layak boleh menyertai kempen dengan mengimbas kod QR kempen dan melengkapkan borang penyertaan.

Tambah Boon Hong, bagi Ogawa, ulang tahun tersebut menandakan lebih daripada tiga dekad dalam perniagaan kesihatan., sehubungan itu, pihaknya  menyediakan platform untuk memperkenalkan visi syarikat mengenai hala tuju industri berkenaan iaitu  daripada urutan dan relaksasi kepada pemulihan yang diperibadikan serta didayakan teknologi. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |