JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan 72 orang yang disyaki memulakan kebakaran hutan dan tanah gambut ketika kebakaran besar marak di tengah dan barat Indonesia sehingga mencetuskan jerebu tebal, lapor saluran berita CNA semalam.
Pengarah Jenayah Khas Jabatan Siasatan Jenayah Polis Nasional, Mohammad Irhamni berkata, mereka disiasat berkaitan 89 kes kebakaran hutan dan tanah di lima wilayah di Pulau Borneo serta empat wilayah di Pulau Sumatera.
Menurutnya, kebanyakan suspek dituduh sengaja membakar hutan dan tanah untuk membersihkan kawasan bagi tujuan perladangan kerana kos yang lebih murah.
Polis masih mengesan rekod kewangan untuk mengenal pasti sama ada syarikat-syarikat membiayai atau mengarahkan pembersihan tanah tersebut, memberi isyarat bahawa siasatan boleh berkembang melangkaui mereka yang telah ditahan.
“Kami tidak akan berhenti setakat penangkapan suspek.
“Kami akan menyiasat untuk mengenal pasti siapa yang mendapat manfaat daripada aktiviti ini dan siapa dalang di sebalik mereka,” kata Mohammad Irhamni alam satu sidang akhbar di Jakarta semalam.
Suspek-suspek tersebut boleh dikenakan denda tinggi serta hukuman penjara maksimum 15 tahun jika didapati bersalah, katanya.
Kebakaran semalam meliputi sebahagian Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar dunia dan dikongsi oleh Indonesia, Malaysia serta Brunei.
Jakarta mentadbir kira-kira tiga perempat daripada keseluruhan Borneo di mana Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan lebih 3,700 titik panas kebakaran setakat semalam.
Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Suharyanto berkata, aktiviti kebakaran meningkat di wilayah Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan di Borneo, di mana banyak kebakaran bertambah buruk akibat tanah gambut sekali gus memanjangkan tempoh jerebu di beberapa kawasan.
“Tanah yang kelihatan padam di permukaan mungkin masih mengandungi bara di bawahnya, jadi hujan mencukupi penting untuk membasahi semula gambut dan memadamkan api sepenuhnya,” kata Suharyanto.
Wilayah Sumatera Selatan juga bergelut dengan kebakaran, dengan lebih 1,700 titik panas dikesan setakat semalam, menyebabkan jerebu tebal dengan jarak penglihatan di beberapa kawasan terhadap kepada hanya 10 meter (33 kaki) , kata kementerian sama. – AGENSI

8 hours ago
4














![[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-23-at-10.44.39-PM.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)












