MANCHESTER – Manchester City terpaksa bermandi peluh selepas bangkit pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Bournemouth 2-1 menerusi jaringan dramatik Josko Gvardiol pada masa kecederaan, sebentar tadi.
City yang dikendalikan Enzo Maresca pada aksi liga pertamanya dikejutkan terlebih dahulu apabila Marcus Tavernier meletakkan Bournemouth di depan pada minit ke-26.
Tuan rumah kemudian meningkatkan tekanan selepas rehat dan usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Marc Guehi menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi sepakan penjuru.
Gol tersebut menaikkan semangat untuk memburu gol kemenangan ketika perlawanan berbaki lima minit.
Usaha itu akhirnya berhasil Gvardiol menyudahkan hantaran Rayan Cherki untuk meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus memastikan City membuka kempen dengan tiga mata.
Kemenangan itu memberikan suntikan penting buat pengurus City, Enzon Maresca dalam penampilan pertamanya mengendalikan City selepas menggantikan Pep Guardiola pada bulan lalu.
Sementara itu, Aston Villa melalui mimpi ngeri apabila dibelasah Brighton 0-4 selepas beraksi dengan 10 pemain untuk sebahagian besar perlawanan..
Villa bermula dengan baik, namun segala-galanya berubah selepas Victor Lindelof menjaringkan gol sendiri pada minit ke-8 yang membuka ruang buat Brighton menguasai permainan.
Tuan rumah kemudian mengambil kesempatan sepenuhnya untuk terus membolosi gawang Villa sebanyak tiga kali menerusi Maxim De Cuyper pada minit ke-18 dan jaringan berganda oleh Jack Hinshelwood pada minit ke-30 dan ke-31.
Tonggak Villa, Joao Gomes dilayangkan kad merah pada babak pertama. – Foto ihsan Premier LeagueNasib buruk Villa bertambah apabila Joao Gomes dilayangkan kad merah pada minit ke-40 dengan keputusan 0-4 kekal hingga wisel penamat. – AGENSI

19 hours ago
6














![[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-23-at-10.44.39-PM.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)












