PUTRAJAYA- Penampilan khas anggota dan aset ketenteraan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dilihat menjadi antara kelainan ditampilkan sempena perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pihaknya difahamkan seramai 100 anggota JMF akan menyertai perarakan sambutan itu.
“Kita ada kelainan termasuk juga pasukan JMF dari Johor. Jadi, mereka akan turut serta dengan aset-aset dan pasukan seramai 100 orang,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan ‘human grafic’ di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, antara kelainan lain termasuk pameran statik aset pertahanan yang akan dipamerkan di Dataran Floria dan Monumen Alaf Baru.
Fahmi berkata, tahun ini pihaknya akan pamerkan aset-aset secara statik dimana orang ramai berpeluang menyentuh dan menaiki aset berkenaan.
“Jadi, ada lokasi yang mana aset-aset ini diletakkan sepanjang masa. Jadi bagi pengunjung mereka boleh datang menikmati melihat sendiri dengan dekat pada jarak dekat aset-aset ketenteraan, kepolisian dan sebagainya.
“Ini berbeza berbanding tahun-tahun lalu. Kita juga ada banyak float (perarakan kereta berhias) dan banyak kontinjen pada tahun ini. Salah satu yang saya rasa mungkin kelainannya pada tahun ini,” katanya.
Ditanya tahap persiapan sambutan setakat ini, Fahmi berkata, setakat ini, persiapan sudah melepasi 70 peratus.
“Selepas ini, kita akan melihat kerja-kerja pemasangan tangga kambing serta persiapan di Royal Box yang masih dalam proses.
“Berdasarkan perkembangan semasa, saya menjangkakan tahap persediaan akan mencapai antara 80 hingga 90 peratus dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Secara keseluruhannya, segala perancangan berjalan mengikut jadual dan pihak terlibat sedang giat menyiapkan komponen-komponen terakhir bagi memastikan kelancaran program yang telah dirancang,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dan akan beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan dengan lebih baik ke lokasi sambutan.
“Selain itu, kita turut menyediakan perkhidmatan teksi air atau water taxi secara percuma kepada pengunjung yang ingin menikmati pengalaman perjalanan yang berbeza. Kemudahan ini disediakan untuk tahun ketiga berturut-turut.
“Dalam aspek keselamatan dan kesihatan pula, saya telah mengarahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan supaya semua prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kesihatan diteliti dan dimuktamadkan sebelum diumumkan kepada orang ramai dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
4














![[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-23-at-10.44.39-PM.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)












