KUALA LUMPUR – New To View Travel & Tour Sdn. Bhd. (New To View) memperkukuhkan kedudukannya dalam industri pengangkutan dengan memberi fokus lebih besar terhadap penyediaan penyelesaian mobiliti yang fleksibel, selamat dan dipercayai untuk pelanggan korporat, sektor industri, pelancongan serta perjalanan berkumpulan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vicnesh M. Rabind, perubahan keperluan pelanggan hari ini menyaksikan perkhidmatan pengangkutan tidak lagi sekadar tertumpu kepada penyewaan bas dari satu destinasi ke destinasi lain.
Sebaliknya, pelanggan khususnya daripada sektor korporat dan industri memerlukan penyedia perkhidmatan yang mampu memahami keseluruhan keperluan perjalanan termasuk kapasiti penumpang, jadual perjalanan, laluan, keselesaan, keselamatan serta kecekapan operasi.
“Kami tidak mahu New To View hanya dikenali sebagai syarikat sewa bas. Inisiatif kami adalah untuk menjadi penyedia penyelesaian pengangkutan yang mampu membantu pelanggan mengurus keperluan mobiliti mereka dengan lebih mudah, efisien dan boleh dipercayai,” katanya dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.
Syarikat kini menyediakan pelbagai kategori perkhidmatan pengangkutan termasuk bas pelancongan, pengangkutan pekerja termasuk pekerja kilang, pengangkutan untuk keperluan sektor korporat, bas mini, perkhidmatan ulang alik, pengangkutan untuk orang kenamaan dan kenderaan mewah, serta kenderaan pelbagai guna (MPV).
Kepelbagaian ini membolehkan syarikat memenuhi keperluan pelanggan daripada kumpulan kecil sehingga pergerakan penumpang berskala lebih besar.
Menurut Vicnesh, antara segmen yang mempunyai potensi pertumbuhan adalah perkhidmatan pengangkutan korporat dan industri, khususnya syarikat yang memerlukan pengangkutan pekerja secara konsisten, korporat ulang alik, pengangkutan pekerja kilang, serta pengangkutan bagi acara, seminar, latihan dan aktiviti syarikat.
“Bagi pelanggan korporat, pengangkutan bukan sekadar menyediakan kenderaan. Disiplin tepat pada masa yang dijanjikan, keselamatan, keadaan kenderaan, profesionalisme pemandu dan kemampuan untuk bertindak balas apabila berlaku perubahan adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang dijangkakan pada hari ini,” ujarnya.
Pemandu New To View memiliki pengalaman dan terlatih dalam bidang pengangkutan bagi menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.Dalam pasaran yang mempunyai banyak pilihan penyedia pengangkutan, New To View melihat aspek kebolehpercayaan dan pengalaman pengguna sebagai antara faktor utama yang membezakan sesebuah operator.
Bagi Vicnesh, persaingan industri tidak seharusnya hanya tertumpu kepada soal harga.
“Harga tetap penting, tetapi dalam industri pengangkutan, pelanggan sebenarnya membeli kebolehpercayaan.
“Kalau sebuah syarikat perlu membawa 40 orang atau 400 orang sekalipun keperluan ini tetap sama, mereka perlukan rakan yang mereka boleh dipercayai,” ujarnya.
New To View melihat permintaan pengangkutan pekerja di kawasan perindustrian menawarkan peluang kepada syarikat untuk membangunkan lebih banyak kontrak jangka panjang bagi perkhidmatan pengangkutan ulang alik.
Menurut Vicnesh, strategi ini membolehkan syarikat membina keseimbangan antara pasaran pelancongan dan liburan yang bersifat bermusim dengan kontrak korporat serta industri yang lebih konsisten.
Sementara itu, dalam fasa pertumbuhan seterusnya, New To View melihat kepada penggunaan teknologi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kecekapan operasi.
Antara bidang yang diterokai termasuk tempahan secara digital, pengurusan armada, kaedah mengoptimumkan laluan, pengesanan kenderaan dan sistem komunikasi pelanggan yang lebih sistematik.
“Masa depan sektor pengangkutan bukan hanya tentang siapa yang mempunyai lebih banyak kenderaan, tetapi ia mengenai bagaimana kita menguruskan armada, laluan pemandu, pelanggan dan juga data yang lebih efisien,” ujarnya.
Mengulas mengenai perancangan masa depan, Vicnesh berkata, fokus utama syarikat adalah membina sebuah jenama pengangkutan tempatan yang mampu berkembang secara lestari tanpa mengabaikan asas utama industri iaitu keselamatan, kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan.
“Visi kami mudah iaitu apabila organisasi atau pelanggan memikirkan tentang bagaimana untuk membawa sekumpulan manusia dari satu lokasi ke lokasi lain dengan selamat dan selesa, kami mahu New To View menjadi antara nama pertama yang mereka fikirkan.
“Dengan kepelbagaian perkhidmatan dan fokus terhadap industri korporat, perindustrian dan pelancongan, syarikat melihat ruang yang luas untuk berkembang daripada sebuah operator pengangkutan kepada sebuah penyedia penyelesaian pengangkutan bersepadu di negara ini,” terangnya.

7 hours ago
4














![[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-23-at-10.44.39-PM.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)












