Tangkap layar CCTV LLM memaparkan keadaan trafik di Plaza Tol Gombak sesak malam ini.
- Oleh KOSMO!
- 23 Ogos 2026, 9:12 pm
PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak menghala ke Plaza Tol Gombak malam ini susulan peningkatan jumlah kenderaan.
Keadaan itu dipercayai turut dipengaruhi pertambahan kenderaan susulan cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul pada Selasa ini.
Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat pukul 8.06 malam, trafik bergerak perlahan arah barat dari Kilometer (KM) 24.5 hingga ke Plaza Tol Gombak.
Trafik juga dilaporkan bergerak perlahan di lebuh raya berkenaan sehingga KM21.6, sebelum beransur lancar apabila memasuki kawasan Genting Sempah hingga ke Plaza Tol Bentong.
Sementara itu, peningkatan trafik turut direkodkan di beberapa lebuh raya utama lain termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan E1 arah selatan dari Lembah Beringin ke Tanjung Malim.
Bagi E2, trafik bergerak perlahan arah utara dari Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar, manakala arah selatan melibatkan laluan dari Sedenak ke Kulai.- KOSMO! ONLINE

21 hours ago
6















![[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-23-at-10.44.39-PM.jpeg)




















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)












