PETALING JAYA – “Sampai bergegar dinding rumah.”
Itu pengalaman dikongsikan seorang penduduk selepas bunyi letupan kuat yang dipercayai berpunca daripada kejadian bom menggegarkan kawasan kediamannya berhampiran selatan Thailand malam tadi.
Menurut pengguna Thread yang dikenali sebagai Sakeena mendakwa, dia tidak menyangka bunyi dentuman kuat yang didengari kira-kira 10 malam tadi rupa-rupanya letupan bom.
“Bunyi bom rupanya pukul 10 semalam. Allahu Akbar. Sampai bergegar dinding rumah. Kitanya ingatkan guruh sebab ada hujan rintik-rintik lagi. Hujan dari pukul 7 dengan guruh kilat semua.
“Semalam pukul 8 lebih tengok berita bom dekat Narathiwat, rasa tak munasabah rasa bergegar sampai sini. Hari ini baru tahu dekat Golok pun ada. Allah,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna Thread dikenali sebagai Nuraikanasir mendakwa, sepupunya yang tinggal di Narathiwat turut menjadi mangsa dalam kejadian letupan berkenaan dan kini menerima rawatan di hospital.
“Sepupu saya yang tinggal di selatan Thailand semalam kena bom di Narathiwat. Kondisi sepupu saya stabil sekarang dan dirawat di hospital.
“Agak takut kita di Malaysia mendengar ahli keluarga terkena insiden bom ini kerana pernah terjadi sepupu sebelah ayah yang sedang bertugas sebagai polis mati ditembak oleh pengganas,” katanya.
Dia turut menasihatkan orang ramai yang merancang untuk bercuti ke tiga wilayah berkenaan iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani supaya menangguhkan perjalanan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali selamat.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, Hasifdarimi pula mendakwa, kesan letupan di Narathiwat turut dirasai sehingga ke Rantau Panjang, Kelantan.
“Punya kuat kesan letupan di Narathiwat semalam sampai gegarkan dinding rumah di Rantau Panjang.
“Peliknya lagi berlaku serentak dalam satu malam di Pattani, Yala dan Narathiwat. Semoga selamat orang-orang kita di sana,” katanya.
Selain itu, seorang pengguna, Addazhn turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perancangan untuk berkunjung ke kawasan berkenaan susulan situasi yang dilaporkan berlaku.
“Apa yang berlaku di Thailand adalah nyata. Hari ini wilayah Narathiwat diarahkan perintah berkurung. Korang yang sedang merancang nak pergi makan-makan, tangguh dulu. Makan di Malaysia dulu. Harap jangan degil,” katanya.- KOSMO! ONLINE

1 day ago
7















![[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-23-at-10.44.39-PM.jpeg)




















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)












