Ikut jejak Inteam, Rabbani pun rosak!

1 month ago 26
BAKAL muncul dengan sebuah konsert, banyak video nasyid nyanyian kumpulan Rabbani kini trending dalam media sosial.
  • Oleh HIBGLAM
  • 26 Julai 2025, 9:45 am

SELEPAS In-Team, kumpulan nasyid Rabbani mengejutkan ramai apabila muncul dalam sebuah video TikTok dengan gelagat mencuit hati baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun @PapaAyie itu, seramai tujuh anggota Rabbani tampil menyanyikan lagu Intifada.

Kemunculan tersebut membuatkan ramai terhibur bahkan terkejut apabila mereka turut melakukan trend ‘goyang bahu’ yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi nasyid.

“Kenapa Rabbani pun sudah ‘rosak’ sekarang tapi sumpah terhibur.

“Terima kasih Rabbani sebab ajak kami senaman bahu tapi semakin rosak kumpulan nasyid Malaysia,” komen netizen.

Netizen juga mula membuat spekulasi Rabbani bakal mengadakan sebuah konsert berskala besar tidak lama lagi.

Read Entire Article
Pertanian | | | |