Kami tidak terlibat provokasi sampai OCPD cedera – Penduduk

3 hours ago 2
[2:22 pm, 12/09/2025] Najieb Kosmo!: Isu Kampung Sungai Baru: Penduduk nafi terbabit insiden kecederaan pegawai polis Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD KUALA LUMPUR - Kekecohan hingga menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera dalam operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru semalam tidak ada kaitan dengan penduduk setempat. Penasihat Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru, Muzzafar Razman berkata, mereka sama sekali tidak terlibat dalam insiden kekecohan yang berlaku pada semalam. “Kami ingin jelaskan bahawa kejadian semalam tidak ada kaitan langsung dengan penduduk. “Kami hanya berada di rumah masing-masing dan tidak ada sebarang provokasi atau propaganda daripada pihak penduduk,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Menurut Muzza… [2:23 pm, 12/09/2025] Najieb Kosmo!: Muzzafar ketika sidang akhbar di sini, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 12 September 2025, 2:29 pm

KUALA LUMPUR – Kekecohan hingga menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera dalam operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru semalam tidak ada kaitan dengan penduduk setempat.

Penasihat Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru, Muzzafar Razman berkata, mereka sama sekali tidak terlibat dalam insiden kekecohan yang berlaku pada semalam.

“Kami ingin jelaskan bahawa kejadian semalam tidak ada kaitan langsung dengan penduduk.

“Kami hanya berada di rumah masing-masing dan tidak ada sebarang provokasi atau propaganda daripada pihak penduduk,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut Muzzafar, penduduk turut melahirkan rasa kecewa dengan insiden yang menyebabkan kecederaan kepada pihak polis dan orang awam kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, isu pokok yang dipertikaikan adalah tindakan drastik perobohan rumah sedangkan masih terdapat beberapa kes berkaitan tanah tersebut yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

“Perintah yang dikeluarkan mahkamah hanya membenarkan pintu atau tingkap dipecah masuk untuk dikunci semula, bukannya merobohkan rumah. Tetapi pihak berkuasa mentafsirkannya sehingga berlaku perobohan.

“Kami benar-benar tergamam dengan tindakan tersebut. Ia adalah detik hitam kerana jelas perintah tidak menyebut perobohan, namun ia tetap dilakukan,” ujarnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Sulizmie Affendy cedera di bahagian kepala akibat rempuhan halangan polis oleh sekumpulan individu di kawasan operasi terbabit.

Susulan dari kejadian itu, polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |