[VIDEO] Hospital kerajaan atau swasta, tujuan kami tetap satu – Shahida

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan, mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai pemilihan hospital berkenaan.

Segelintir netizen mempersoalkan mengapa personaliti terkenal itu memilih hospital kerajaan walaupun mempunyai kemampuan kewangan untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta.

Namun, isteri beliau, Datin Seri Shahida tampil memberi penjelasan bagi meredakan spekulasi berkenaan.

“Ya betul awak…kerajaan atau swasta, tujuan kami tetap satu. Kami ikhtiarkan kesembuhan untuk satu-satunya lelaki yang melindungi saya dan anak-anak saya,” katanya menerusi komen balas di TikToknya hari ini.

Beliau menegaskan bahawa pemilihan hospital tidak seharusnya dijadikan isu kerana yang lebih penting adalah usaha mendapatkan rawatan terbaik.

“Yang paling penting specialist (pakar) dekat sini sangat berpengalaman dan meyakinkan. Servis pun sangat memuaskan,” tegasnya.

Dalam masa sama, beberapa pihak turut menjelaskan bahawa HUKM bukanlah hospital kerajaan sepenuhnya.

Pengguna TikTok, Zurie Abdullah berkongsi pengalamannya apabila Allahyarham ibunya pernah mendapatkan rawatan di hospital terbabit.

“HUKM bukan totally (sepenuhnya kerajaan. Arwah mak tujuh tahun kena rawat di sini sebelum meninggal…ratus ribu juga habis. Bukan percuma.

“Malah doktor swasta yang suruh rujuk ke HUKM sebab di sini berkumpulnya semua doktor pakar,” katanya.

HUKM, yang juga dikenali sebagai Pusat Perubatan UKM, berperanan sebagai hospital pengajar dan pusat rujukan utama yang menghimpunkan ramai doktor pakar dalam pelbagai bidang.

Ia sering menjadi pilihan bukan sahaja untuk rawatan berteknologi tinggi, tetapi juga bagi kes-kes rumit yang memerlukan kepakaran menyeluruh.

Tindakan keluarga Aliff Syukri itu turut menerima sokongan ramai netizen yang berpendapat bahawa pilihan hospital adalah hak pesakit untuk mendapatkan rawatan terbaik tanpa mengira label kerajaan atau swasta.

“Jangan pertikai usaha doktor-doktor, jururawat di hospital kerajaan. Kebanyakan kes di hospital kerajaan adalah kes yang tak mampu dilakukan di swasta. Hospital kerajaan kita sudah cukup hebat,” kata Nuramin.

“Doktor hospital swasta pun…asalnya pekerja government (kerajaan),” komen Bariyah.

Sebelum ini, Shahida memaklumkan suaminya terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami tulang patah kerana kemalangan yang berlaku tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

@shahidadherbs2Saya bersyukur diberi rezeki ini,saya yakin pandangan kita berbeza….🤲🏻🤲🏻

♬ Ya Allah lindungilah kami – Arnas19✨

Read Entire Article
Pertanian | | | |