Banjir Sabah: Anwar titip doa, lebih 400 mangsa dipindahkan

3 hours ago 2
Keadaan banjir di Sabah ketika ini. Foto ERA SABAH
  • Oleh KOSMO!
  • 12 September 2025, 3:22 pm

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita dengan situasi banjir yang semakin memburuk di Sabah apabila lebih 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Dalam kenyataannya hari ini, Anwar menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan demi keselamatan keluarga.

“Keselamatan nyawa adalah keutamaan. Saya mohon semua pihak akur dengan arahan berpindah sekiranya dikeluarkan,” katanya.

Beliau turut menggesa agensi keselamatan dan pihak berkuasa mempertingkat usaha menyelamat selain memastikan kebajikan serta keperluan asas mangsa banjir dipenuhi sepanjang berada di PPS.

“Doa kami sentiasa bersama rakyat Sabah yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |