EV Next penuhi permintaan menyeluruh peminat EV terpakai

2 weeks ago 14

SHAH ALAM- EV Next, pusat kenderaan elektrik (EV) yang pertama di Malaysia diasaskan oleh Sime Motors bakal menjadi platform bagi peminat kereta tersebut di negara ini untuk membuat pilihan terbaik untuk memilikinya.

Pengarah Urusan Sime Motors, Andrew Basham berkata, pihaknya mahu menjadikan  EV terus menjadi pilihan di Malaysia bersandarkan kepada permintaan kenderaan jenis berkenaan yang semakin meningkat.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan pusat pengedaran EV terpakai  sulung di Malaysia bagi memenuhi keperluan gaya hidup yang pelbagai.

“Ini adalah misi kami untuk mendorong peralihan masa depan yang lebih hijau memastikan kami membekalkan produk dan penyelesaian terbaik kepada pelanggan di seluruh rantau,” katanya pada majlis pelancaran EV Next di Glenmarie semalam.

Menurut Basham, selain menjual kenderaan, EV Next juga adalah pusat penyelenggaraan EV dengan menawarkan harga perkhidmatan yang berpatutan.

Tambah beliau,  pusat tersebut menawarkan pelbagai jenama EV seperti BMW, MINI, Hyundai, Jaguar dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Jualan, Harga dan Pemasaran Sime Motors, Simon Har berkata, EV Next di Glenmarie berjaya menjual 200 EV pada tahun lalu.

Menurutnya, syarikat mengunjurkan jualan  lebih 200  kenderaan lagi menjelang akhir tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |