PETALING JAYA – “Itu tiada komen, saya tak boleh komen apa-apa.”
Demikian respons pelakon Isa Khan yang memilih untuk mengunci mulut berkenaan status rumah tangganya dengan aktres, Risteena.
Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 33, lebih selesa untuk menyimpan rapi kisah peribadi tanpa menjadi tatapan umum.
“Bagi saya hal peribadi biarlah kekal sebagai peribadi.
“Ada benda yang boleh kongsikan kepada umum dan ada benda yang kita perlu simpan buat diri sendiri.
“Tak semua benda yang perlu kongsi dengan orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis perkenalan kumpulan K4LAM, di sini, hari ini.
Disoal mengenai kekerapan memberi bayangan tentang keretakan rumah tangga, pelakon telefilem Formula Cinta itu hanya memuat naik hantaran sebagai gurauan tanpa mengaibkan sesiapa.
“Saya tidak mengaibkan sesiapa pun sebenarnya tapi apa yang saya muat naik itu penerimaan orang kan berbeza.
“Kadang-kadang kita muat naik benda baik orang fikir begitu (negatif). Saya tak boleh ubah apa sahaja cara orang berfikir.
“Cuma saya tak ada mengaibkan mana-mana pihak. Saya cuma bergurau sendiri, tak maksudkan apa-apa pun,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, desas-desus keretakan rumah tangga Risteena dan Isa kembali hangat diperkatakan apabila lelaki itu seolah-olah memberi bayangan bahawa dia kini sedang melalui fasa kehidupan bersendirian.
Tahun lalu, khabar angin yang sama pernah timbul selepas mereka saling menyahikut dalam Instagram.
Bagaimanapun Risteena tampil menyelar dakwaan tersebut manakala suaminya memuat naik perkongsian ucapan rindu sekali gus melenyapkan spekulasi terbabit.
Isa dan Risteena mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021 namun, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

1 hour ago
3











![[KEMASKINI] Bapa dan anak ditemui rentung berpelukan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-26-at-09.50.53-scaled.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)















