Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah

1 month ago 21
Poster yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya.
  • Oleh KOSMO!
  • 25 Julai 2025, 4:51 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

Pada hantaran sama, Anwar turut mendoakan Baginda serta Kerabat Diraja berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Dirgahayu Tuanku,”tulis Anwar.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |