80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran

1 week ago 15
  • Oleh SURAIDAH ROSLAN
  • 1 Mac 2025, 11:57 am
KEBAKARAN yang memusnahkan 80 buah rumah setinggan di Kampung Cempaka, Likas di Kota Kinabalu hari ini. - IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Seramai 669 orang hilang tempat berteduh setelah 80 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Cempaka, Likas, kira-kira pukul 5.40 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi dan sepasukan anggota dari BBP Lintas dan dibantu anggota BBP Kota Kinabalu dengan kekuatan 32 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati 80 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan seluas 250 meter persegi dan tiada mangsa terlibat.

Agustavia berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Likas bagi menempatkan kesemua mangsa yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |