[VIDEO] Order sampai lambat, tuan rumah jemput rider berbuka puasa sekali

3 hours ago 3

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menjemput seorang penghantar makanan untuk berbuka puasa bersama di rumahnya meraih perhatian ramai selepas video tersebut tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @Remy_racunscoot, pada awalnya dia telah membuat pesanan makanan kira-kira pukul 6 petang, namun tidak menyedari penghantar makanan pertama yang menerima pesanan tersebut telah membatalkan pesanan berkenaan.

Katanya, pesanan tersebut kemudian diambil oleh penghantar makanan lain sekitar pukul 7 malam walaupun keadaan ketika itu sedang hujan.

“Order makanan pukul 6 tapi tak perasan rider cancel order. Pukul 7 abang ni ambil order, nasib baik abang ni sudi ambilkan order,” ujarnya.

Dia kemudiannya menjemput penghantar makanan itu masuk ke perkarangan rumahnya untuk berbuka puasa terlebih dahulu walaupun beberapa kali pelawaan tersebut ditolak.

“Aku jemputlah masuk buka puasa dulu walau pun banyak kali abang ni tolak. Nasib baik isteri ada masakan mi goreng untuk anak-anak,” katanya.

Dia kemudiannya menjamu sepinggan mi goreng kepada penghantar makanan tersebut sebagai juadah berbuka puasa.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Anak saya masih belajar buat kerja sambilan macam ni juga. Menitis air mata tengok video ni. Semoga adik-adik atau abang-abang diberi kemewahan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat,” kata @Aen Closet

“Tolong faham, walaupun mereka lambat hantar bukan salah mereka pun, mereka sedaya upaya tunggu pesanan dekat kedai dan hantar. Tolong saya merayu tolong lah jangan batalkan pesanan kalau lambat sebab semuanya mereka yang tanggung bayaran tu,” komen @Bidadari79

“Kita tak tahu berapa jam dia duduk atas motor dengan panas, hujan, perangai pelanggan, perangai peniaga lagi. Teruskan memanusiakan antara satu sama lain. Terima kasih orang baik,” ujar @Bangnol.- KOSMO! ONLINE

@remy_racunscoot Mula² rasa nak marah rider cancel order.. tp sebenarnya Allah nak bg kita buat pahala di bulan Ramadhan ni.. Maafkan hambumu ni Ya Allah 😭 #remyracun #ramadhan2026 #share #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut ♬ Ramadan – Arabic Version – Maher Zain
Read Entire Article
Pertanian | | | |