PETALING JAYA – Hasrat pihak sekolah untuk mengagihkan beras bantuan infak Ramadan kepada murid tidak kesampaian apabila bekalan itu habis dicakar sekumpulan monyet yang menceroboh masuk ke kawasan sekolah.
Kejadian itu tular selepas dimuat naik menerusi perkongsian akaun TikTok Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali, Hulu Langat, yang memaparkan keadaan beras bertaburan di lantai selepas diceroboh haiwan berkenaan.
Monyet terbabit dipercayai menolak sebuah tingkap sehingga jatuh sebelum mengoyakkan bungkusan beras yang disimpan di dalam bilik berkenaan.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang bersimpati dengan situasi dihadapi pihak sekolah.
“Memang kena pasang jaring di bahagian atas juga, rumah saya macam itulah,” kata pengguna TikTok siapapunya.
“Boleh guna lagi ke beras yang rosak? Kalau boleh cuci bersih dan terus dimasak,” tulis wawawinkwink.
“Beras yang tumpah itu boleh kutip bagi ayam. Sayang tengok berterabur begitu. Semoga dipermudahkan segala urusan cikgu,” komen Ros.
Sementara itu, pada hantaran lain, pihak sekolah memaklumkan bungkusan beras yang dicakar monyet itu akan diganti semula.
“10 beg semua yang koyak rosak dicakar monyet. Takpe, sekolah akan ganti balik dengan duit infaq yang ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@sksgtekali Monyet tolak satu tingkap hingga jatuh. Pastu abis di kokaknya beras. Adehhhh… #beras #infaqramadan #skst #fyp ♬ Sad – Max-Music
4 hours ago
2

















































