PORT DICKSON – Seorang anak mangsa curi dalam sebuah surau di Lukut, di sini, semalam, memohon agar remaja lelaki yang mengambil telefon bimbit ayahnya mendapat hidayah serta memulangkan kembali barangan yang diambil.
Uthman Affan Mohd Mohidin, 26, berkata, telefon bimbit berkenaan mempunyai butiran yang sangat penting buat ayahnya terutamanya membabitkan maklumat pelanggan perniagaan pakaian serta barangan sukan ayahnya termasuk resit.
“Saya berharap suspek yang mencuri itu diberikan hidayah untuk pulangkan semula telefon tersebut sebab ada banyak maklumat penting dalam
telefon tersebut. Hal ini jadi ujian untuk ayah saya di penghujung bulan ramadan.
“Maka saya berharap agar remaja itu akui kesilapan dia dan pulangkan balik telefon itu. Buat masa ini, kami masih belum membuat laporan polis serta masih mengharap remaja berkenaan dapat insaf serta sedar mengambil barangan individu lain itu merupakan perbuatan tidak baik,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.
Ujar Uthman Affan lagi, kehilangan telefon bimbit itu disedari ayahnya apabila berada di rumah kira-kira pukul 2.40 petang selepas pulang solat Zuhor dari surau taman.
“Masa tu ayah saya letak telefon bimbit di meja saf belakang sebelum nak azan Zuhor. Selepas azan dia biarkan talefon dekat situ sampai habis solat. Habis solat dia terlupa nak bawa balik telefon bimbit dan terus pulang ke rumah.
“Ayah saya ni jarang bawa telefon bimbit ke surau jadi ayah mencari-cari dekat rumah sampai pukul 2.40 petang. Kemudian dia ke surau balik nak cari di sana dan tok siak surau ada bagi tahu yang dia ade letak telefon bimbit dekat atas meja saf belakang.
Menurutnya, ayahnya mencari dekat meja berkenaan namun telefon bimbitnya tiada di situ serta terus membuat semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta melihat kejadian kecurian tersebut.
Terdahulu, Uthman Affan berkongsikan rakaman CCTV berdurasi seminit 48 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipercayai bukan penduduk taman surau berkenaan telah mengambil telefon bimbit yang diletakkan berhampiran meja saf belakang.- KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2


![[VIDEO] ‘Fatin, kuruslah kau raya ni’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-15-at-6.27.49-PM.jpeg)














































