[VIDEO] Hilal tidak cukup syarat, Raya Sabtu – Ustaz Abdul Samad

5 hours ago 5

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad menjelaskan kemungkinan sambutan Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu berikutan kedudukan hilal yang tidak memenuhi syarat ditetapkan.

Menerusi satu video ceramah yang tular di media sosial, dia berkata berdasarkan pengiraan ilmu falak atau hisab, ketinggian hilal direkodkan sekitar dua darjah, sekali gus tidak mencukupi untuk diiktiraf sebagai anak bulan.

Menurutnya, ketetapan yang dipersetujui oleh negara anggota MABIMS iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura mensyaratkan hilal perlu mencapai sekurang-kurangnya tiga darjah.

“Kalau tidak cukup tiga darjah, maka hari ke-29 tidak dikira masuk bulan baharu. Jadi bulan digenapkan kepada 30 hari,” katanya.

Dalam pada itu, UAS turut menghuraikan kaedah kedua iaitu rukyah, yang melibatkan cerapan anak bulan menggunakan mata kasar atau alat seperti teleskop.

“Kalau ada yang nampak dan bersumpah melihat anak bulan, itu dipanggil rukyah. Tetapi ia juga tertakluk kepada syarat tertentu untuk diterima,” katanya.

Selain itu, dia turut menyentuh kaedah ketiga dikenali sebagai kalender global antarabangsa, yang mengambil kira kenampakan hilal di mana-mana lokasi di dunia.

“Kalau ada satu tempat di dunia nampak hilal, walaupun sedikit, maka ia dianggap sah untuk seluruh dunia. Kaedah ini digunakan oleh Muhammadiyah,” ujarnya.

Dia menjelaskan, perbezaan pendekatan inilah yang menyebabkan wujudnya perbezaan tarikh permulaan puasa dan sambutan hari raya antara negara atau organisasi tertentu. – KOSMO! ONLINE

@lensauas Menurut Perkiraan UAS, Lebaran Hari Jumat Atau Hari Sabtu? #shorts #uas #ustadzabdulsomad ♬ suara asli – LENSA UAS
Read Entire Article
Pertanian | | | |