[VIDEO] ‘Gusti’ dalam pesawat kerana disuruh diam

1 month ago 24

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan wanita yang bercakap dengan suara kuat dalam sebuah pesawat meskipun lampu kabin telah dipadam mencetuskan pergaduhan dengan seorang penumpang lelaki.

Menerusi sebuah video tular di media sosial memaparkan insiden itu berlaku dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu, China apabila lelaki terbabit menegur kumpulan wanita berkenaan supaya memperlahankan suara.

Dalam rakaman yang sama juga menunjukkan lelaki itu cuba melindungi diri di bawah dulang tempat duduk penumpang ketika beberapa kali diserang.

Difahamkan, teguran tersebut dikatakan disampaikan dengan kata-kata kesat sehingga mengundang kemarahan kumpulan wanita itu, sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menumbuk lelaki tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menyelar tindakan sekumpulan wanita tersebut yang disifatkan tidak menjaga adab dan menghormati penumpang lain.

“Mungkin mereka ada masalah pendengaran kalau dalam gelap, itu yang tak reti yang cakap perlahan,” kata Sunshine.

“Susah sangat ke duduk diam dan nikmati ketenangan sepanjang penerbangan?” balas Xdiavelisti.

“Adakah mereka tidak tahu jika bergaduh di dalam pesawat boleh membahayakan penumpang lain?” -KOSMO! ONLINE

@dailymail This is the dramatic moment a mid-air brawl broke out among passengers after a group of women refused to stop making noise while the lights were dimmed. Budget airline Air Asia departed Kuala Lumpur, Malaysia, on Monday evening at 6 pm before those onboard settled down on the four-hour flight to China. But a father who was seated behind a row of three young women was furious when they carried on ‘talking loudly’. He asked them to be quiet, only for them to refuse. Desperate cabin crew members can be seen wrestling with those involved in the scuffle, while emergency lights are seen flashing. Tap the link for the full story on DailyMail.com. #China #airplane #fight ♬ original sound – Daily Mail
Read Entire Article
Pertanian | | | |