Sunset by NEON kembali ke Genting Highlands 20, 21 September ini

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Bersedia untuk hujung minggu yang penuh magis, kerana festival muzik Sunset by NEON kembali lagi pada 20 hingga 21 September 2025 dengan penerokaan genre melodic techno dan house berlatarbelakangkan lokasi ikonik, Genting Highlands yang luar biasa.

Tahun ini lebih istimewa apabila enam artis antarabangsa bakal membuat debut mereka di Malaysia — sesuatu yang belum pernah berlaku dalam satu festival di Asia. NEON sekali lagi membuktikan dirinya sebagai pentas utama untuk memperkenalkan nama besar dan bintang baharu dunia muzik elektronik kepada peminat tempatan.

Selepas kejayaan edisi sulung yang ‘sold out’ Mei lalu, edisi 2025 menjanjikan perjalanan lebih intim. Bayangkan dentuman muzik, suasana dingin 18 selsius, matahari terbenam yang memukau dan audiens yang bersatu kerana satu perkara — muzik.

Antara artis yang bakal membuat persembahan pada Sunset by NEON termasuklah Adam Beyer, Argy, Massano dan Korolova

Kali ini, festival berpindah ke Resorts World Awana, lokasi outdoor yang dikelilingi hutan hijau dan pemandangan gunung. Ia bukan sekadar festival, tetapi ruang eskapisme untuk penonton mengenali diri dan membina memori yang kekal selepas rentak terakhir berhenti.

Dengan kapasiti yang terhad, Sunset by NEON memastikan suasana lebih eksklusif dan intim. Ia bukan sekadar tentang muzik, tetapi juga tentang hubungan, vibe, dan makna.

Maklumat lanjut di www.sunsetbyneon.asia atau ikuti @sunsetbyneon di Instagram.

Read Entire Article
Pertanian | | | |