Senyum tengok status bayaran balik LHDN bertukar kod 021

3 hours ago 4

PETALING JAYA – Golongan pembayar cukai mula meluahkan rasa lega apabila status permohonan bayaran balik cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan mula bertukar kepada kod 021 yang merujuk kepada pembayaran balik.

Tinjauan di media sosial mendapati beberapa pengguna berkongsikan tangkap layar status semakan bagi borang BE 2025 milik mereka.

Kebanyakannya berkongsikan status pembayaran semula lebih cukai mereka telah bertukar daripada proses terdahulu kepada kod 021 iaitu ‘pembayaran balik’ pada hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan menyifatkan perubahan status itu sebagai perkembangan yang melegakan selepas menunggu beberapa hari, selain memberi harapan kepada pembayar cukai lain yang masih menantikan proses sama.

“Alhamdulillah, akhirnya status Submission BE 50** (1 Mac, 12.05 pagi) dah bertukar ke kos 021 (pembayaran). Siapa lagi yang status dah bertukar hari ini? Yang masih ‘processing’ tu, sabar jap, ‘queue’ dah mula gerak laju ni,” tulis @Latteandledgers.

Perkongsian itu turut menarik perhatian orang ramai apabila ruangan balasan dipenuhi pengguna lain yang berkongsi perkembangan status masing-masing.

“Lejar dah kemas kini. Kod 021 pembayaran balik dah ada dekat lejar Mytax 2026. Semoga dipermudahkan . Saya geng hantar 1.3.2026 (12.49 malam),” komen @HaffizHassan87.

“Geng BE 12XXX dah bertukar status 021 tadi. Sikit lagi weee,” komen @MasturaKhalid pula.

Bagaimanapun, terdapat juga pembayar cukai yang memaklumkan status mereka masih belum berubah walaupun permohonan telah dibuat lebih awal.

“Saya BE49xxx tak ada apa lagi ni, nampak gayanya lepas raya lah jawabnya merasa duit raya,” komen @Nfasak.

“Siapa geng BE 30***. Mereputlah tunggu kod 021,” komen @ChentaSuraya.

Terdahulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan bayaran balik lebihan cukai kepada pembayar cukai yang layak dan telah selesai diproses akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula minggu kedua Mac ini.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan bayaran balik itu melibatkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025 selaras dengan pembukaan perkhidmatan e-Filing bermula 1 Mac lalu.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |