PETALING JAYA – Sans Wellness, pusat pengurusan kesihatan kecantikan yang menggabungkan terapi semula jadi dengan teknologi moden, mempelawa pelanggan muslim untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kerana produk yang digunakan adalah halal.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Grace Tan San Chin berkata, selama ini ramai yang menjangkakan pelanggan kami hanya tertumpu kepada bangsa lain tetapi semua perkhidmatan yang ditawarkan bersesuaian untuk semua, tidak mengira bangsa dan agama.
“Kami cakna dengan keraguan pelanggan muslim terhadap produk-produk penjagaan kecantikan dan kesihatan di tawarkan di sini, yang pastinya ia telah mendapat pensijilan halal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelantikan artis, Angela Chan sebagai duta jenama rasmi syarikat di sini baru-baru ini.
Selain itu, Grace menjelaskan, bersempena ulang tahun ke 25 syarikat, pihaknya memperkenalkan teknologi Genki Spectrum bertaraf perubatan, yang menggabungkan penyembuhan semula jadi dengan teknologi moden untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang lebih pantas dan berkesan.
“Selama 25 tahun, kami berpegang pada terapi semula jadi sebagai asas, disokong oleh kaedah eksklusif ‘Genki stick’ dan teknik khas kami, sehingga membentuk sistem rawatan unik milik Sans Wellness.
“Kami percaya bahawa wellness tidak boleh sekadar menjadi slogan, tetapi harus menjadi satu kebiasaan hidup,” jelasnya.
Sementara itu, bagi merealisasikan konsep pencegahan lebih baik daripada rawatan, Sans Wellness turut melancarkan program pemeriksaan kesihatan pada harga istimewa termasuk analisis konstitusi, ujian komposisi badan BIA dan pemeriksaan tekanan darah.
Inisiatif ini membantu masyarakat mengesan masalah kesihatan lebih awal, melakukan penyesuaian, dan meningkatkan tahap kesihatan dengan segera.
Syarikat juga memperincikan hala tuju dan misinya untuk masa hadapan yang mana syarikat mahu mempromosikan ‘Kehidupan dengan Wellness, Wellness dalam Kehidupan’, menjadikan wellness sebagai rutin harian setiap orang.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan ditawarkan, boleh klik pautan ini termasuk untuk membuat tempahan terus https://autocrm.ai/widget/form/xoG7gdSJ6IGd3ayEDLN9
Dalam pada itu, Sans Wellness sebelum ini, telah melancarkan Sans Retreat, yang menyediakan ruang pemulihan mendalam untuk tubuh dan minda dalam suasana yang selesa.
Selain itu, projek Pusat Wellness yang sedang dirancang akan menggabungkan pendidikan, pengalaman dan terapi, bukan sahaja menyediakan penyelesaian wellness yang lebih menyeluruh kepada masyarakat, malah melatih tenaga profesional serta menarik lebih ramai golongan muda untuk turut serta menjadi penggerak kesihatan sejagat. -KOSMO! ONLINE