AKSI Meerqeen di padang bola membikin dada banyak peminat wanita bergetar-getar.
- Oleh HIBGLAM
- 13 Disember 2025, 9:45 am
AKTOR yang mengimpikan untuk mencipta nama di Hollywood, Meerqeen mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto bermain bola sepak mewakili sebuah pasukan dalam satu perlawanan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, dia yang memakai jersi bernombor 10 dipuji kerana aksinya sepanjang bersukan kelihatan seperti atlet profesional.
Bukan itu sahaja, Meerqeen tetap meraih pujian peminat terutama golongan wanita yang masing-masing ‘berpeluh’ tengok ketampanan dan kesempurnaan fizikal aktor berbadan tegap itu.
“Kalau di Brunei ada Putera Mateen, di Malaysia kita mempunyai Meerqeen. Lain macam Meerqeen main bola sepak, menyala! Makin hari badan makin ‘sado’, bertambah kacak,” usik peminatnya.

3 hours ago
3

















































