Rani Mukherji, Akshay Kumar tak jadi ‘bersanding’

3 hours ago 4
HARAPAN peminat untuk menyaksikan gadingan Rani dan Akhshay tidak menjadi nyata apabila aktres itu menarik diri daripada filem OMG 3.
  • Oleh HELMI ANUAR
  • 14 Mac 2026, 11:10 am

HARAPAN peminat untuk melihat Rani Mukherji dan Akshay Kumar bergandingan buat pertama kali dalam filem OMG 3 tidak kesampaian apabila Rani menarik diri di saat akhir.

Media India melaporkan Rani menarik diri kerana berlaku perbezaan pandangan dengan pengarah filem tersebut iaitu Amit Rai.

Pihak produksi kini giat mencari pengganti Rani memandangkan penggambaran bakal bermula tidak lama lagi.

Berita pengunduran Rani nyata mengecewakan banyak pihak terutama peminat setianya.

Selama 30 tahun bergelar pelakon, Rani belum pernah digandingkan bersama Akshay Kumar dalam mana-mana naskhah.

Khabarnya Rani pernah menolak berlakon bersama Akshay kerana berasakan aktor itu masih baharu dan kurang popular berbanding hero-hero lain.

Read Entire Article
Pertanian | | | |