Veerapan membuat tinjauan harga barangan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2026 peringkat Negeri Sembilan hari ini.
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 14 Mac 2026, 4:35 pm
SEREMBAN – Kerajaan negeri akan melaksanakan program Mantai Raya bermula Rabu ini bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, bagi mengelakkan kenaikan harga musim raya, anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan ditempatkan di lokasi tumpuan ramai untuk menjalankan pemantauan.
Sebanyak 23 jenis barangan dikawal di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2026 bermula hari ini hingga 28 Mac antaranya bawang kuning besar, bawang merah besar, cili merah, daging kerbau import dari India, daging lembu tempatan kecuali batang pinang dan halia tua import.
“Selain itu tiada sebarang aduan atau laporan mengenai pembelian panik di Negeri Sembilan setakat ini ekoran konflik yang berlaku Asia Barat,” katanya selepas melancarkan SHMMP 2026 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Veerapan berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan subsidi sebanyak RM3.4 juta bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah sempena Aidilfitri melibatkan lapan Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan bermula 23 Februari hingga 29 Mac. – KOSMO! ONLINE

11 hours ago
6












![[VIDEO] Monyet ‘pesta’ beras infak Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/BERAS-INFAK-RAMADAN-MURID.jpeg)




































