MUHAMMAD Sanusi menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.
- Oleh KOSMO!
- 11 Mac 2026, 6:18 pm
ALOR SETAR – Kerajaan negeri ini hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awamnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bantuan tersebut akan dibayar pada 13 Mac ini kepada 5,600 kakitangannya.
“Bantuan Hari Raya untuk semua kakitangan awam ini akan masuk (bayar) pada 13 Mac bersama gaji.
“Bantuan itu kita janji RM1,000 untuk semua kakitangan awam yang melibatkan kos kewangan RM5.6 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada fakir miskin di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
5
![[VIDEO] ‘Bukan muslim boleh bayar zakat tak?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/i-Belle-memberi-sedekah-di-meja-amil-bagi-pembayaran-zakat-fitrah..jpeg)
















































