Penghulu ‘sentuh’ warga emas dijel 2 minggu, denda RM1,000

7 hours ago 6
Gambar hiasan.
  • Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
  • 17 Mac 2026, 5:10 pm

BACHOK – Seorang penghulu dipenjara dua minggu dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul seorang wanita warga emas di Kampung Pauh Sembilan di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, lelaki berusia 54 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas didakwa di Mahkamah Majistret Bachok di sini hari ini.

Menurutnya, hukuman penjara selama dua minggu itu bermula dari tarikh dia ditahan iaitu pada Ahad lalu.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi pada Sabtu lalu semasa mangsa datang ke kedai runcit milik suspek untuk mengecop borang permohonan bantuan. Penghulu itu kemudian ditahan reman empat hari bermula Ahad lalu untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, suspek dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |