Pacuan empat roda terjunam dalam Sungai Klang

3 hours ago 2
Sebuah pacuan empat roda terjunam ke Sungai Klang selepas hilang kawalan di Jalan Munsyi Abdullah, hari ini. IHSAN APM
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 23 Mac 2026, 9:58 pm

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam Sungai Klang berhampiran Jalan Munsyi Abdullah, di sini hari ini.

Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.40 pagi.

Katanya, sepasukan anggota penyelamat bersama unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur bergegaa ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan berada dalam sungai, manakala pemandunya dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja-kerja mengeluarkan kenderaan dari sungai dilakukan menggunakan kren awam dan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut berada di lokasi bagi membantu operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |