Lebih 2,000 orang hadir solat jenazah Pak Lah

1 day ago 7

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 orang hadir solat jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, hari ini.

Solat jenazah itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni sekitar pukul 1.50 tengah hari sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, di sini.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Negara sejak awal pagi tadi apabila orang ramai termasuk pemimpin negara hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah dibawa ke Makam Pahlawan untuk disemadikan selepas disolatkan kira-kira pukul 1.50 tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam tadi selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |