- Oleh CHERINE JON
- 6 Julai 2025, 3:22 pm

MIRI – Dua remaja lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar pokok di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan, Jalan Kuala Baram Bypass, di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, kedua-dua mangsa yang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa tersepit di dalam kereta dan setelah berjaya dikeluarkan, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh paramedik di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE