Hutan terbakar, Kesas diselubungi asap

9 hours ago 8
Keadaan kepulan asap di Kesas hari ini.
  • Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
  • 8 September 2025, 9:21 pm

KLANG – Pengguna Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdepan kepulan asap susulan kejadian kebakaran hutan seluas 3.23 hektar di Kilometer 20.9 arah Barat dari Persimpangan Kebun ke Bandar Puteri di sini.

Situasi itu menyebabkan laluan motosikal di lebuh raya berkenaan ditutup sementara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.30 petang dan seramai 13 pegawai serta anggota terlibat dalam operasi pemadaman.

Katanya, pasukan operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan BBP Klang Selatan bersama dua jentera fire rescue tender (FRT) dan sebuah lori tangki tiba di lokasi pada pukul 5.45 petang.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan kawasan berkeluasan 3.23 hektar. Api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman sedang giat dilaksanakan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi hantaran di aplikasi X memaklumkan trafik bergerak perlahan di lokasi terlibat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |