ASEAN ke-47: Dua ‘raksasa’ bawa Trump jadi tumpuan

4 hours ago 2
Limosin 'The Beast' yang membawa Trump ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!
  • Oleh TEAM ASEAN SUMMIT
  • 26 Oktober 2025, 12:26 pm

KUALA LUMPUR – Dua limosin berwarna hitam yang membawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencuri tumpuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Kenderaan itu merupakan limosin jenis Cadillac One 2009 yang diberi gelaran ‘The Beast’ (raksasa) kerana dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tertinggi.

Ia termasuk perlindungan tangki bahan api, bekalan darah dan oksigen, serta tayar dengan perlindungan kevlar. Difahamkan, kenderaan itu dibangunkan atas casis trak supaya dapat menampung beban perisai yang dipasang bagi memastikan keselamatan Presiden lebih terjamin.

Terdahulu, Trump tiba di pekarangan KLCC kira-kira pukul 11.58 pagi tadi dengan kawalan rapi unit bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sebuah helikopter di bahagian udara bagi tujuan keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |