18 tan sampah haram diangkut keluar di Kanchong Darat

3 hours ago 2
Antara lokasi yang dibersihkan dalam operasi itu di sekitar Kuala Langat.
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 4 Februari 2026, 4:32 pm

KUALA LANGAT – Isu pembuangan sampah haram di Selangor terus diperangi apabila Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengangkut lebih 18 tan sampah di Jalan Pasar dan Jalan Bambu, Kampung Kanchong Darat di sini, semalam.

MPKL berkata, dua lokasi terlibat bukan berstatus tapak sampah haram namun berlaku lambakan sisa sampah di sekitar tong yang ditempatkan sejak awal 2017 dan operasi bersepadu itu dilaksanakan lebih tiga jam bermula pukul 9.30 pagi.

Tambahnya, operasi itu dijalankan menerusi kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyediakan jentera pengorek dan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) menerusi empat tong roro bagi kerja pengumpulan dan pelupusan sisa.

“Isu pembuangan sampah haram amat dipandang serius dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |