Anwar ketika menyambut ketibaan Trump sebentar tadi.
- Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
- 26 Oktober 2025, 10:19 am
PETALING JAYA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Malaysia pagi ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.
Ketibaan Trump di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kompleks Bunga Raya kira-kira pukul 9.54 pagi dengan menaiki pesawat Air Force One.
Trump yang tiba disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdahulu media melaporkan, Trump mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga esok bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.
Lawatan rasmi itu merupakan atas jemputan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Menurut Wisma Putra, ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.
Anwar dan Trump dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

6 hours ago
3














![[VIDEO] ASEAN ke-47: Trump tiba di KLCC, lambai petugas media](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-26-at-11.08.55.jpeg)


































