KPDN pantau stesen minyak di sempadan Perlis, elak ketirisan petrol subsidi

11 hours ago 5
PENGUAT KUASA KPDN negeri memeriksa sayur-sayuran yang dijual di Pasar Besar Sena di Kangar, hari ini.
  • Oleh SYED AZLAN SAYED HIZAR
  • 14 Mac 2026, 4:50 pm

KANGAR – Kawalan dan pemantauan di stesen-stesen minyak berhampiran kawasan sempadan negeri ini terus dipertingkatkan bagi memastikan petrol RON95 dan diesel bersubsidi tidak disalah guna khususnya melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Mohd Asri Mat Hassan berkata, pemantauan berterusan dilakukan di enam stesen minyak yang beroperasi berhampiran kawasan sempadan.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan di stesen-stesen minyak sekitar negeri ini, pembelian harian dan bulanan bahan bakar itu masih sama seperti biasa.
“Setakat ini, kita tidak melihat sebarang lonjakan ketara melibatkan pembelian petrol dan diesel oleh kenderaan asing,” katanya selepas Walkabout Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2026 di Pasar Besar Sena, di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi pembelian petrol dan diesel oleh bukan warganegara, terdapat dua stesen minyak tanpa subsidi yang beroperasi di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |