Kereta remuk nahas empat kenderaan termasuk treler

10 hours ago 5
Keadaan kereta yang terlibat nahas jalan raya dengan sebuah treler di KM137.4 Lebuh Raya Utara Selatan di Perai hari ini
  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI
  • 14 Mac 2026, 5:26 pm

GEORGE TOWN – Seramai enam individu dipercayai pemandu dan penumpang kenderaan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan barang di Kilometer (KM) 137.4, Lebuh Raya Utara Selatan, menghala Perai di sini, hari ini.

Setakat ini, identiti dan keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.12 petang dan operasi dilaksanakan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Perai.

“Sebanyak tiga buah kereta dan sebuah treler membawa muatan barangan pasar raya terbabit dalam kemalangan. Maklumat awal di lokasi kejadian terdapat enam mangsa terlibat,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |