Hujan lebat hampir di seluruh negara petang ini

3 weeks ago 19

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negara petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 3 petang ini.

“Amaran dikeluarkan di negeri Kedah melibatkan daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang kawasan terlibat ialah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Selain itu di Perak, hujan lebat diramal berlaku di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Kelantan pula amaran tersebut dikenakan di daerah Jeli dan Kuala Krai.

“Amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Terengganu iaitu di Hulu Terengganu makala di Pahang, daerah terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama di Selangor iaith di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya.

Selain itu, hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagi Negeri Sembilan pula, amaran sama diberikan bagi daerah Jelebu.

“Selain itu, cuaca buruk juga dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Hujan lebat serta ribut petir juga dijangka melanda Sarawak iaitu di Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi negeri Sabah, kawasan yang dikenakan amaran ialah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |