Tangkap layar seorang lelaki bertindak mematahkan cermin kereta Perodua Alza di sekitar Cheras, kelmarin.
- Oleh HARRITH HISHAM
- 11 Mac 2026, 2:40 pm
KUALA LUMPUR – Halang laluan parkir dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak mematahkan cermin sisi sebuah kereta jenis Perodua Alza dalam kejadian di sekitar Cheras, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan susulan video tular yang dikesan dimuat naik di TikTok, semalam.
“Bertindak di atas laporan, sepasukan polis berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki terlibat kira-kira pukul 12.28 tengah malam tadi.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Muktimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari sehingga 13 Mac ini untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, tular klip video memaparkan seorang lelaki bertindak keluar kereta dan mematahkan cermin sisi sebuah kenderaan yang diparkir di hadapan deretan kedai. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2














![[VIDEO] Siapa ‘kait’ seluar dalam orang di Jempol?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-10-at-9.27.15-PM.jpeg)


































